ahlan

Selamat Datang ke Laman Web Adab Hamlatul Quran

Saturday 15 December 2012

Poster Digital Pertama



Ini adalah poster digital pertama saya..sebelum ni, kalau buat poster, hanya buat di photoscape, nak lagi cepat, buat kat powerpoint..dan alhamdulillah..hasil tunjuk ajar Puan Asmara tempohari masa kelas photoshop..dan tunjuk ajar kak khajar..maka terhasillah poster yang memang diamanahkan untuk saya siapkan..:D

Alang-alang..saya promosikan di sini..

Ini adalah program untuk pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2012..
Pengisian yang akan dibincangkan, antaranya:
  • My Destiny
  • Deen List vs. Dean List
  • We Share a Dream
  • SPM Finished, What's next??

Friday 14 December 2012

Layer Impian 2


 Setelah di blend layer 1 + layer 2..

Layer dalam impian


Sekilas berkaitan Adab al-Quran

Antara adab dengan al-Quran ialah:
1. Ikhlas kerana Allah Ta'ala
2. Menghadirkan hati dan akal supaya boleh mentadabbur (mengkaji ayat-ayat al-Quran)
3. Membaca isti'azah (A'udzubillah...)
4. Membaca basmalah
5. Membaca dalam keadaan berwuduk
6. Membaca di tempat yang suci lagi bersih
7. Membersihkan mulut (bersugi) sebelum membaca al-Quran
8. Memakai pakaian yang bersih lagi suci
9. Membaca dengan suara yang baik, lunak lagi merdu
10. Membaca dengan khusyuk, penuh penghormatan dan tawaduk (merendah diri)
11. Menghadap kiblat
12. Tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam
13. Berselawat ke atas Nabi
14. Memohon kebajikan jika bertemu dengan ayat rahmat
15. Tidak membaca secara tergopoh-gapah
16. Menghormati azan (berhenti ketika mendengar azan dan menjawabnya)
17. Membaca tasdiq (Sodaqallahul a'dziim)

Adab Untuk Guru Al-Quran:
1. Lillahi Ta'ala; ikhlas semata-mata kerana Allah ta'ala untuk mengajarkan al-Quran
2. Jauhi bermegah-megah
3. Menjauhi perasaan benci kepada murid yang berpindah belajar kepada orang lain
4. Berakhlak dengan akhlak terpuji
5. Berlemah-lembut dengan pelajar
6. Sentiasa menasihati pelajar dengan kebaikan
7. Mengajar mengikut kemampuan pelajar
8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu berbanding yang datang kemudian
9. Tidak patut menolak pelajar yang mahu datang belajar kepadanya dengan alasan tidak ikhlas.

credit to: Adab dengan al-Quran

Thursday 13 December 2012

Kepentingan Pelajari Adab al-Quran

Pernah terfikir kenapa anda, awak dan saya perlu belajar subjek ini? 

Mesti ada sebab..mengapa kita belajar sesuatu subjek.. 

Jika belajar ilmu feqh.. kita boleh tahu bagaimana nak bermuamalah dalam Islam, 

kita tahu bagaimana Islam mengatur kehidupan kita. 



Jika belajar ilmu tajwid.. kita boleh tahu bagaimana menyebut makhraj huruf dengan betul,

Kita tahu membaca al-Quran dengan bertajwid. 

Begitu juga dengan ilmu Adab Hamlatul Quran ini.. 

Kita akan belajar bagaimana beradab ketika membaca al-Quran, 

Kita akan belajar tentang kelebihan membaca dan menghafal al-Quran, 

Kita akan belajar untuk tidak jadi seperti burung kakak tua, 

Kita akan belajar tentang amalan para huffaz. 

Masa belajar memang rasa senang, seperti kacang putih.. tapi dari sudut praktikal..

tepuk dada, tanyalah iman.. =) 

(Ini gambar classmate saya tahun 2007)

Tuesday 11 December 2012

Puasa dan Al-Quran


Di dalam powerpoint di atas, ada disebutkan tentang kelebihan membaca dan mendengar al-Quran.

Kelebihan Belajar al-Quran.

Semoga bermanfaat. :)

Hadis Utrujjah



(Ini buah utrujjah)

وروى مسلم عن أبي موسى قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، مثل المؤمن الذي يقرأالقران مثل الأترجة ريحها طيب وطمعها طيب ، ومثل المؤمن الذي يقرأ القران مثل التمرة لا ريح لها وطعمهاحلو ، ومثل المنافق الذي يقرأ القران مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مرّ ، ومثل المنا فق الذي لايقرأ القران كمثل الخنظلة لاريح لها وطعمها مرّ


Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Qur'an adalah seperti buah Utrujjah yang memiliki aroma yang wangi dan rasanya pun enak. Perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Al Qur'an adalah seperti buah Tamrah ( kurma kering ) yang tidak memiliki aroma namun rasanya manis. Perumpamaan orang munafiq yang membaca Al Qur'an adalah seperti buah Raihanah yang memiliki aroma yang wangi namun rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al Qur'an adalah seperti buah Handhalah yang tidak memiliki aroma dan rasanya pahit. [ Al Muslim dari Abu Musa ]



 
(Ini buah hanzdalah)

 (Pernah tengok?)

(Buah ini sangat pahit, boleh digunakan untuk berubat, tetapi jika salah guna boleh bawa kematian)

Sewaktu saya mengajar anak murid saya tentang hadis ini, mereka keliru dengan buah hanzdalah dan handzalah yang disebut dalam sirah Islam..mula-mula berfikir juga nak jawab apa la ye..disebabkan saya yang agak lurus ni, saya mengaku kata pada mereka, saya pun tak tahu sangat..(sedikit sebanyak, saya dapat praktik disiplin ilmu ni..)..disebabkan saya berjanji pada mereka untuk mencari maklumat lanjut tentang buah handzalah..akhirnya, ini lah gambar buah handzalah yang saya perolehi dari
 http://www.ustazshauqi.com/2010/04/inikah-buah-utrujjah.html dan http://www.vitiligoteam.com/showthread.php?t=2699

Monday 10 December 2012

Sejarah Ringkas Peribadi Imam Nawawi




Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi.
Lahir di Damsyiq, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.
Menghafaz Quran sejak dari kecil. Setiap hari beliau mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama.
Kehidupannya sehari-hari adalah sekadar memelihara kesihatan badannya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Pendek kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makanan, pakaian serta perhiasan, apa saja yang ada memadailah.

Keperibadiannya
Penuh dgn taqwa dgn erti kata sepenuhnya, wara'nya dan kebersihan jiwanya. Sebagai seorang ulama amatlah suka ditemui.
Ada riwayat mengatakan keengganannya memakan sebarang jenis buah-buahan bukan sahaja kerana mengelak dari mengantuk tapi adalah juga kerana buah-buahan di Damsyiq waktu itu dianggapnya lebih banyak mengandungi shubhat.

Guru-guru Imam Nawawi 
Guru beliau yang amat terkenal seperti Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ashari, Zainuddin bin Abdud Daim, Imaduddin bin Abdul Karim Al-Harastani, Zainuddin Abul Baqa, Khalid bin Yusuf Al-Maqdisi An-Nabalusi dan Jamaluddin Ibn Ash-Shairafi, Taqiyuddin bin Abul Yusri, Syamsuddin bin Abu Umar. Dia belajar fiqih hadits (pemahaman hadits) pada asy-Syaikh al-Muhaqqiq Abu Ishaq Ibrahim bin Isa Al-Muradi Al-Andalusi. Kemudian belajar fiqh pada Al-Kamal Ishaq bin Ahmad bin usman Al-Maghribi Al-Maqdisi, Syamsuddin Abdurrahman bin Nuh dan Izzuddin Al-Arbili serta guru-guru lainnya.

Murid-murid Imam Nawawi
Tidak sedikit ulama yang datang untuk belajar ke Iman Nawawi. Di antara mereka adalah al-Khatib Shadruddin Sulaiman al-Ja’fari, Syihabuddin al-Arbadi, Shihabuddin bin Ja’wan, Alauddin al-Athar dan yang meriwayatkan hadits darinya Ibnu Abil Fath, Al-Mazi dan lainnya. 


Antara karya Imam Nawawi ialah :
  • Al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab (المجموع شرح المهذب), panduan hukum Islam yang lengkap.
  • Minhaj ath-Thalibin (منهاج الطالبين وعمدة المفتين في فقه الإمام الشافعي)
  • Al-Arba'in an-Nawawiyah (الأربعين النووية)
  • At-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran (التبيان في آداب حملة القرآن)
  • Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti (آداب الفتوى والمفتي والمستفتي)
 

Pengusirannya
Imam Nawawi pernah diusir dari Syam akibat fatwanya yang tidak menyenangkan Sultan Al-Malik Al-Zahir [dari kerajaan Mamalik (hamba sahaja). Dari kerajaan Bani Ayyub]. Imam Nawawi bukanlah sebagai seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja atau ulama yang merasa bahagia dengan ketinggian ilmunya, tetapi tidak berani menghadapi masyarakat sekeliling dengan petunjuk dan nasihatnya. Imam Nawawi bukanlah dari golongan ulama yang mencari keuntungan dengan ilmu, dengan membiarkan masyarakat ummat di dalam kejahilan dan asyik dalam keonaran.

Beliau memimpin umat, bukan umat memimpin beliau. Beliau memfatwakan kebenaran tidak pandang siapa pun juga, walaupun akibatnya merugikan kedudukannya. Kerana inilah tugas ulama yang dikatakan warithatul anbiyá, iaitu mempusakai ajaran nabi dan menyampaikannya.

Wafat Imam Nawawi pada 24 Rejab 676 Hijrah. Beliau telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya.
 


credit to:

Sukatan Pelajaran Adab al-Quran




Thursday 6 December 2012

Doa belajar



Pesanan Buat Hamlatul Quran

Sahabatku para penghafal al-Quran,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran.
Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan.
Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya.
Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…
Jadikanlah tujuan dan matlamat di sebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah.
Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-Quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat lelaki ajnabi tanpa urusan yang mengharuskan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik yang akhirnya melalaikan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan lelaki tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud .
Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran. Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita.. Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah. Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

(Masjid di Seoul, Korea Selatan)
 Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran. Barakallahu fikum…

Travelog di Kuim Melaka

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..sehingga saat ini masih bernafas menyedut udara kurniaan ilahi yang percuma ni..hampir-hampir 27 tahun sudah berpijak di bumi pinjaman Allah ini..