ahlan

Selamat Datang ke Laman Web Adab Hamlatul Quran

Monday, 10 December 2012

Sejarah Ringkas Peribadi Imam Nawawi




Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi.
Lahir di Damsyiq, Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.
Menghafaz Quran sejak dari kecil. Setiap hari beliau mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama.
Kehidupannya sehari-hari adalah sekadar memelihara kesihatan badannya. Makan minumnya sehari semalam hanya sekali. Pendek kata beliau tidak sangat menghiraukan soal makanan, pakaian serta perhiasan, apa saja yang ada memadailah.

Keperibadiannya
Penuh dgn taqwa dgn erti kata sepenuhnya, wara'nya dan kebersihan jiwanya. Sebagai seorang ulama amatlah suka ditemui.
Ada riwayat mengatakan keengganannya memakan sebarang jenis buah-buahan bukan sahaja kerana mengelak dari mengantuk tapi adalah juga kerana buah-buahan di Damsyiq waktu itu dianggapnya lebih banyak mengandungi shubhat.

Guru-guru Imam Nawawi 
Guru beliau yang amat terkenal seperti Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ashari, Zainuddin bin Abdud Daim, Imaduddin bin Abdul Karim Al-Harastani, Zainuddin Abul Baqa, Khalid bin Yusuf Al-Maqdisi An-Nabalusi dan Jamaluddin Ibn Ash-Shairafi, Taqiyuddin bin Abul Yusri, Syamsuddin bin Abu Umar. Dia belajar fiqih hadits (pemahaman hadits) pada asy-Syaikh al-Muhaqqiq Abu Ishaq Ibrahim bin Isa Al-Muradi Al-Andalusi. Kemudian belajar fiqh pada Al-Kamal Ishaq bin Ahmad bin usman Al-Maghribi Al-Maqdisi, Syamsuddin Abdurrahman bin Nuh dan Izzuddin Al-Arbili serta guru-guru lainnya.

Murid-murid Imam Nawawi
Tidak sedikit ulama yang datang untuk belajar ke Iman Nawawi. Di antara mereka adalah al-Khatib Shadruddin Sulaiman al-Ja’fari, Syihabuddin al-Arbadi, Shihabuddin bin Ja’wan, Alauddin al-Athar dan yang meriwayatkan hadits darinya Ibnu Abil Fath, Al-Mazi dan lainnya. 


Antara karya Imam Nawawi ialah :
  • Al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab (المجموع شرح المهذب), panduan hukum Islam yang lengkap.
  • Minhaj ath-Thalibin (منهاج الطالبين وعمدة المفتين في فقه الإمام الشافعي)
  • Al-Arba'in an-Nawawiyah (الأربعين النووية)
  • At-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran (التبيان في آداب حملة القرآن)
  • Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti (آداب الفتوى والمفتي والمستفتي)
 

Pengusirannya
Imam Nawawi pernah diusir dari Syam akibat fatwanya yang tidak menyenangkan Sultan Al-Malik Al-Zahir [dari kerajaan Mamalik (hamba sahaja). Dari kerajaan Bani Ayyub]. Imam Nawawi bukanlah sebagai seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja atau ulama yang merasa bahagia dengan ketinggian ilmunya, tetapi tidak berani menghadapi masyarakat sekeliling dengan petunjuk dan nasihatnya. Imam Nawawi bukanlah dari golongan ulama yang mencari keuntungan dengan ilmu, dengan membiarkan masyarakat ummat di dalam kejahilan dan asyik dalam keonaran.

Beliau memimpin umat, bukan umat memimpin beliau. Beliau memfatwakan kebenaran tidak pandang siapa pun juga, walaupun akibatnya merugikan kedudukannya. Kerana inilah tugas ulama yang dikatakan warithatul anbiyá, iaitu mempusakai ajaran nabi dan menyampaikannya.

Wafat Imam Nawawi pada 24 Rejab 676 Hijrah. Beliau telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya.
 


credit to:

No comments:

Post a Comment